What is this? Well, this is my dream avatar on an online game i play. Gaiaonline. It's a very fun game but well, if you do not know how to play, you will definitely got bored. Anyway, i do not have much time to post cause well, i slept through the whole afternoon and i havent finished my loooong essay yet. For now, it's 6 pages long but i wonder how long will it be lol. I wonder even if Pn.Saadiah want to mark it. Anyway, i've modified from my previous post's story and here's the new one...by the way, my mom said i'm crazy for doing this looong essay.
_______________________________________________________________________________________
Perjuangan Seorang Mama.
Sebaiknya fajar, Umiko pun bersiap sedia untuk pergi ke pasar. Pada zaman kezaliman Sengoku ini, bukanlah sesuatu perkara yang membanggakan untuk seseorang perempuan keluar diri sendiri supaya tidak ditangkap oleh pihak kerajaan bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.Selepas membeli bahan-bahan dan makanan yang dikehendaki, Umiko pun pulang ke rumahnya.
‘Miyu, mama dah balik,’ kata Umiko dengan nada yang separuh jerit sambil menutup pintu.
‘Mama, tadi dik jatuh ni. Sakit..,’ sebak Miyu dengan suara yang bermanja-manja.
‘Mari mama sapukan ubat. Mama juga telah belikan Miyu gula-gula,’ ucap Umiko dengan nada yang perlahan sambil membawa Miyu berjalan ke biliknya untuk mendapatkan peti ubat. ‘Gula-gula ini untuk Miyu.’
‘Wah! Gula-gula! Terima kasih mama,’ jerit Miyu sambil senyum kepada mamanya dan ikut mamanya ke dalam bilik.
Selain Miyu, Puan Umiko juga mempunyai dua lagi orang anak. Nama Umiko sebenarnya ialah Matsu Utada. Dia telah dikahwinkan kepada suaminya, Irino Jiyu pada umur 14. Ini merupakan tradisi keluarganya supaya anak perempuan dikahwinkan pada umur yang untuk menghindari mereka daripada dipaksa dijual ke ‘okiya’ iaitu rumah ‘geisha’. ‘Geisha’ merupakan penghibur untuk golongan atasan ataupun yang kaya pada zaman dahulu lagi. Pada zaman Sengoku, banyak anak perempuan telah
dipaksa oleh kerajaan yang zalim untuk menjadi ‘geisha’. Utada menukarkan namanya ke Umiko adalah supaya dia tidak dikesan dan ditangkap untuk dijadikan sebagai ‘geisha’. Tambahan pula, rupa Utada yang sangat cantik sesuai untuk menjadi seorang ‘geisha’. Muka wajahnya yang sangat muda dengan hidung yang tinggi, mulutnya kecil dan selalu senyum dan matanya yang membingungkan sangat menarik hati para lelaki. Tambahan pula warna kulitnya yang putih bagaikan salji dan halus bagaikan belakang bayi ini lagi menarik hati para lelaki. Walaupun begitu, terdapat juga ramai perempuan yang iri hati terhadapnya. Mereka selalu memberikan khabar angin yang tidak benar kepada orang ramai tetapi kerana Umiko terkenal dengan sikapnya yang sabar dan mesra dan mengutamakan keluarga dan suaminya, khabar angin sebegitu tidak dipedulikan. ‘Lelaki inginkannya dan perempuan iri hati akannya’. Itulah yang dikatakan oleh orang ramai terhadap Puan Umiko, keramat hidup.
‘Nah. Tak sakit lagikan? Hari ini Miyu nak makan apa?’ tanya Umiko.
‘Hm... ah…saya tau! Dik nak makan ramen bersama dengan tekkadon, tendon dan yakitori!!! Kalau mama tak kisah, dik nak sup tonjiru juga ya,’ balas Miyu.
‘Wah! Miyu ini besar makan ya. Nanti perut sakit baru tahu,’ nasihat Umiko.
‘Tak apa mama. Mama bukan masak hanya untuk dik saja kan? Lagi ada papa, abang dan kakak kan? Masakan mama sedap-sedap belaka. Banyak-banyak mama masak, banyak-banyak dik makan.’
‘Aduh… anak mama ni! Pandai cakap pula. Baiklah, Miyu bermain sendiri ya. Sekarang mama pergi masak untuk Miyu,’ ucap Umiko sambil berjalan keluar dari biliknya ke dapur.
‘Ya mama! Cepat ya. Dik lapar ni,’ manja Miyu.
‘Baiklah, baiklah. Miyu makan biskut dulu boleh tak?’ tanya Umiko.
‘Baaaiik,’ jawab Miyu dengan panjang.
Selepas makan biskut, Miyu pun masuk ke bilik mamanya dan membuka peti mainannya. Mamanya telah membuatkan Miyu banyak anak patung yang dibuat daripada kain-kain buruk, manik dan butang sebagai hisan. Walaupun begitu, anak patung itu tidaklah kelihatan buruk dan hasil perbuatan mamanya sangat halus dan berjenis-jenis. Terdapat juga baju-baju untuk salinan anak-anak patung itu. Miyu bermain dengan gembira sekali.
Irino Miyu merupakan anak bongsu Umiko yang berumur lima tahun. Walaupun hanya berumur lima tahun, dia sangat cerdik dan pandai bertutur dan bertatatertib. Semua abang dan kakaknya juga begitu. Ini mungkin adalah kerana Umiko yang pandai mengajar anaknya. Mata Miyu yang besar itu menyebabkannya kelihatan lagi manja tambahan pula pipinya yang comel dan berwarna jambu merah itu menyebabkan orang ramai yang ingin mencubit pipinya. Mulutnya mirip dengan mulut ibunya yang kecil itu. Pernah sekali Jiyu memberitahu isterinya bertapa pandai dan celik anak bongsunya itu.
Semasa Miyu bermain dengan anak patungnya, dia suka meyamar dirinya sebagai mamanya, Umiko sementara anak-anak patung itu menjadi anak-anak Umiko pula. Mamanya selalu tersenyum-senyum melihat tingkah-laku anak bongsunya yang comel itu. Hari ini sepertilah hari-hari yang lain di mana Miyu akan menyamar sebagai mamanya.
‘Hari ini mama masak sedap-sedap untuk Miyu ya,’ kata Miyu yang menyamar sebagai Umiko sambil mengoyang-goyangkan anak patung di tangan kirinya itu.
‘Mama nanti masak tak sedap dik tak gembira. Nanti mama pula perlu datang bermanja-manja dengan dik untuk…apa? Um... ah! Supaya dik makan makanan mama ini,’ jawab Miyu kepada dirinya sendiri sambil mengoyang-goyangkan anak patung di tangan kanannya itu.
‘Ya, ya. Semua dengan cakap Miyu baik tak? Kalau tidak…’
‘Miyu! Mama dah siap masak. Mari makan,’ jerit Umiko secara tiba-tiba dari dapur.
‘Baik! Mama tunggu dik kemaskan anak-anak patung ini ya,’ balas Miyu sambil mengemaskan anak-anak patungnya dengan cepat.
Selepas mengemas, Miyu pun terus ke ruang tamu di mana mereka makan. Rumah mereka tidaklah besar. Rumah mereka adalah warisan daripada bapa Jiyu, Irino Gendo. Rumah mereka hanyalah satu tingkat dengan tiga bilik, satu ruang dapur dengan dua bilik air.
‘Wah…masakan mama sedap nampaknya! Tapi tak tau macam mana rasanya pula,’ ejek Miyu.
‘Hai…hai…bila anak mama ini pandai ejek mama pula? Anak mama ini mula jahat. Nanti mama tak mahu sayang Miyu dah,’ kata Umiko bergurau.
‘Woo…jangan mama. Miyu kecil saja mama. Tak ada tempat nak pergi nanti hantu-hantu datang cari Miyu mama,’ jawab Miyu dengan nada yang sedih sambil bergurau.
‘Miyu makan dulu. Jangan cakap dah. Papa dan abang nak pulang dah. Nanti mereka makan semua Miyu tak dapat makan,’ beritahu Umiko.
Miyu hanya senyum sahaja dan terus makan bersama mamanya. Tidak lama kemudian, papa dan abang-abangnya pulang.
‘Umiko, Miyu papa dan abang dah balik!’ kata Irino Jiyu.
Umiko dan Miyu segera bangun dan menyambut suami dan papanya.
‘Okaerinasai Jiyu,’ ucap Umiko dengan nada yang mesra.
‘Papa!’ ucap Miyu pada masa yang sama.
‘Wahai Umiko, Miyu,’ senyum Jiyu sambil memeluk Umiko dan Miyu.
‘Tadaima!’ ucap Irino Shaoran dan Irino Kuro sambil masuk ke dalam rumah mereka.
‘Okaerinasai Shaoran, Kuro,’ ucap Umiko.
‘Hmm…bau apa ni? Sedap nampaknya,’ tanya Jiyu sambil berjalan masuk ke ruang tamu. ‘Oh! Rupanya masakan isteriku ni yang sedap. Eh, ada yakitori lagi ada tendon dan tekkadon! Semuanya masakan kegemaran Miyu. Mesti Miyu ini yang minta betul tak?’
‘Wah! Papa pandai papa. Mama tanya dik nak makan apa lepas tu dik beritahu mama,’ jawab Miyu.
Umiko dan mereka sekeluarga terketawa. Tetapi mereka tidak tahu bahawa ini mungkin kali terakhir mereka akan makan masakan mama mereka. Malah mungkin terakhir mereka akan berjumpa dengan mama mereka. Mereka tidak tahu bahawa mama mereka bakal dipisahkan akibat daripada kekejaman raja pada zaman itu, Oda Nobunaga.
‘Mari, saya agak kita semua pun dah lapar kan? Mari isteri dan anak-anak kesayanganku,’ ajak Jiyu kepada keluarganya untuk makan.
Irino Jiyu bekerja sebagai seorang petani di sawah tinggalan mediang bapanya. Setiap hari, dia bersama dengan anak sulungnya, Kuro menanam padi dari sebelum fajar hinggalah ke tengah hari. Disebabkan pada masa dahulu, Gendo berkhidmat untuk suku Hosokawa di bawah pemerintahan Hosokawa Sumitomo sebagai ‘shogun’ iaitu seorang general. Dengan itu, dia diberikan harta yang banyak untuk penggunaannya selepas dia bersara. Dengan menggunakan harta yang diberikan oleh suku Hosokawa ini, dia teleh mendirikan rumah tangganya dan membeli sebidang tanah yang besar untuk warisnya, Irino Jiyu. Jiyu mempunyai badan fizikal yang tegap tetapi mempunyai beberapa parut akibat daripada beberapa kemalangan di sawahnya itu. Wajah mukanya segak dengan ciri-ciri seseorang shogun. Terdapat satu parut yang besar dari telinga kirinya hingga ke tepi mulutnya.
Kuro dan Shaoran pula adalah anak kembar dan ciri-ciri fizikal mereka sangat mirip dengan ayah mereka tetapi fikiran mereka berdua seperti bumi dengan langit. Kini mereka berumur 17 tahun tetapi Kuro buta huruf manakala adiknya, Shaoran pandai belajar. Shaoran berpendapat bahawa ilmu adalah penting nescaya ilmu pelita hidup manakala abangnya berpendapat bahawa pada zaman yang melarat ini, lebih baiklah jika kita bekerja kerana ilmu itu tidak ada gunanya bagai pohon kayu tiada berbuah. Walaupun sebegitu, mereka berdua tidak pernah bergaduh dan hubungan mereka sangat rapat.
Tiba-tiba ketenteraman mereka diganggu. Seseorang teleh mengetuk pintu mereka dengan kuat. Seluruh keluarga terkaku dan tidak lagi terdengar lagi suara gurauan dari sesiapapun. Tidak lama kemudian, akal Umiko kembali dan dia bergegas untuk membuka pintu.
‘Cik Umiko! Cik Umiko! Cepat membuka pintu! Cik Umiko! Cik Umiko!’ jerit orang itu dengan sekuat hati.
‘Baik! Sekejap!’ jawab Umiko sambil berlari anak-anak kerana memakai kimono dan berasa hairan siapa yang memanggilnya dengan gelaran ‘cik’.
‘Ya…apaha…eh? Kumi? Mengapa kamu…’
‘Cikh… Utada, tuan…telah…telah…dih..dih…ditangkap…’ potong Kumi tergugap-gugap sambil bernafas dengan kuat. Kemungkinan kerana dia telah lari dari tempat yang jauh, fikir Umiko.
‘A…yah? Ditangkap? Oleh siapa?’ tanya Umiko dengan perasaan yang hairan dan terkejut.
‘Tenh…tentera…Noh…Nobunaga datang…’ jawab Kumi, masih tergugap-gugap. ‘Tuan ditangkap…kerana…cik.’
‘Saya? Ayah? A…yah…’ kata Umiko dengan nada yang lemah dengan air matanya alir ke tepi pipi. Kakinya terus lemah dan dia terus melutut dengan kedengaran tangisan yang kecil.
‘Umiko? Kumi? Mengapa kamu berada di sini? Apa yang telah berlaku? Umiko? Kumi, mari masuk ke dalam dahulu,’ tanya Jiyu dengan perasaan yang gairah sambil menolong isterinya masuk ke dalam ruang tamu.
Kuro, Shaoran dan Miyu berdiri dan melihat apa yang sedang berlaku dan cuba memahaminya.
‘Siapakah perempuan itu? Mengapa dia berada di sini? Bukankah ayah mama sudah meninggal dunia? Mengapa perempuan itu memanggil mama saya sebagai Utada? Siapakah Utada?’ Soalan-soalan ini tertanya-tanya pada diri sendiri Syaoran.
‘Mama…’ kata Miyu dengan suara yang layu sambil menghulurkan tangan seolah-olah ingin membantu. Dia berasa susah hati melihat mama kesayangannya menangis.
‘Kumi, apakah yang telah berlaku?’ tanya Jiyu sementara Umiko berbaring di paha suaminya dengan tangisan yang kedengaran.
Kumi menjelaskan. ‘Tuan Yamada telah ditangkap oleh tentera Nobunaga kerana perkara Cik Utada, tuan muda Jiyu.’
‘Perkara Cik Utada? Apakah perkara itu? Adakah Cik Utada adalah mama?’ tertanya-tanya ketiga-tiga orang anak pada diri mereka sendiri.
‘Nampaknya mereka telah dapat mencari sampai ke sini.’ Kata Jiyu.
Mereka berdiam seketika dan tiba-tiba Umiko sedar bahawa tangisannya tidak akan membawakan apa faedah. ‘Saya sudah memutuskan. Jiyu, ini bukan lagi masa untuk menutup rahsia. Sudah sampai masanya anak-anak kita tahu tentangnya.’ ucap Umiko dengan penuh bersemangat.
‘Cik Utada…saya…’
‘Tidak, saya telah memutuskan untuk memberitahu anak-anak saya ini yang tidak berdosa ini. Lambat-laun mereka akan tahu juga,’ kata Umiko tanpa memberikan peluang untuk Kumi habis bercakap.
_____________________________________________________________________________________